tuala wanita
Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mempersoalkan kewajaran kerajaan memulakan program pemberian tuala wanita percuma di tandas Pejabat Menteri Kesihatan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, mereka yang memerlukan ialah golongan wanita tidak berkemampuan bukannya yang bekerja di Pejabat Menteri Kesihatan.

Wan Saiful mendakwa, situasi itu seolah-olah menunjukkan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa tidak memahami siapa kumpulan sasaran program bantuan untuk rakyat miskin.

“Kalau menteri bagi kepada pegawai pejabat menteri yang makan gaji beri-ribu ringgit sebulan, itu salah guna kuasa.

“Takkan nak suruh warga berpendapatan rendah panjat ke tandas Pejabat Menteri?” soalnya dalam hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, Dr. Zaliha mengumumkan, Kementerian Kesihatan akan memulakan program pemberian tuala wanita secara percuma bagi menyokong usaha menangani kemiskinan haid dalam negara.

Beliau berkata, program berkenaan akan dimulakan di Pejabat Menteri Kesihatan sebelum diperluaskan ke kementerian-kementerian lain dan agensi yang berkaitan.

Walau bagaimanapun, Wan Saiful menyifatkan usaha menangani kemiskinan haid adalah baik dan wajar disokong serta patut dijadikan program nasional. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Sekarang kan musim banjir, pergilah buat program di pusat permidahan sementara banjir (PPS). Sudah tentu menteri akan dapat kredit. Hantar tuala wanita berbakul-bakul tentu rakyat suka, kalau setakat nak bagi percuna di hotel macam pejabat menteri buat rugi duit rakyat aje. Itu semua subsidi duit rakyat tau.

Comments are closed.