STOCKHOLM – Sweden merekodkan 60 kematian dalam kejadian tembakan setakat tahun ini – angka yang paling tinggi sejak tahun 2016.
“Tahun ini, kami telah melihat peningkatan yang besar berbanding tahun-tahun kebelakangan ini.
“Ramai mangsa yang mati ditembak,” kata Magnus Gerell, seorang profesor bersekutu dan kriminologi di Universiti Malmo.
Beliau berkata bahawa sebahagian besar tembakan berlaku dalam persekitaran jenayah dan modus operandi serta demografi kumpulan penjenayah telah berubah selama bertahun-tahun.
“Hari ini (kes tembakan) adalah lebih daripada biasa. Nampaknya seolah-olah pembunuhan telah dirancang dengan lebih teliti, yang membawa kepada lebih banyak kematian,” kata Gerell.
Lebih membimbangkan, tambah beliau, trend mangsa dan penembak adalah dalam kalangan golongan muda.
“Hari ini, kes (menembak) berlaku antara remaja menembak remaja yang lain,” ujar beliau.
Jelasnya, kajian menunjukkan impak kepada masyarakat menjadi leebih teruk.
Pada tahun 2020, Sweden merekodkan 47 kematian tembakan. – Agensi