Pemimpin-pemimpin GRS yang meninggalkan Bersatu.

KUALA LUMPUR – Tindakan pemimpin-pemimpin Gabungan Rakyat Sabah meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kelmarin adalah satu karma.

Pastinya, tindakan pemimpin-pemimpin GRS itu meninggalkan kesan kepada Bersatu.

Disebabkan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu mengecam pemimpin-pemimpin GRS tidak setia.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula mendakwa mereka tak kenang budi Muhyiddin dan parti itu.

Tapi, menurut pentadbir akaun Facebook Najib Razak menyifatkan tindakan pemimpin-pemimpin GRS itu sebagai karma.

Katanya, Muhyiddin dan Wan Ahmad Fayshal lupa bahawa pemimpin-pemimpin GRS ini sebenarnya wakil rakyat dari UMNO yang lompat keluar parti untuk tubuh Bersatu Sabah.

“Masa itu, Muhyiddin tak kecam pula mereka tidak setia pada parti. Ini karma,” katanya.

Jelasnya lagi, Muhyiddin tak akan jadi Perdana Menteri kelapan sekiranya UMNO tidak sokong dia pada awal tahun 2020.

“Tetapi apa yang dia rancang pula ialah “scheme of things” untuk sogok pemimpin-pemimpin parti dan sudah pun rancang untuk “makan” UMNO biarpun UMNO sokong dia ketika itu.

”Nak UMNO sokong kamu tapi nak hancurkan UMNO pada masa yang sama? ‘Masih ada hati Bersatu nak sembang “kenang budi?” soalnya.

Malah, sehingga hari ini, Muhyiddin tidak pernah memberi sebarang komen mengenai rakaman “scheme of things” itu. – MalaysiaGazette

Kepimpinan Bersatu Sabah umum keluar parti – Hajiji

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast