Keadaan orang ramai bersesak di sebuah lorong hiburan di Itaewon, Seoul pada malam Halloween pada 29 Oktober 2020 yang berakhir dengan 156 kematian selepas berlaku rempuhan. Foto Twitter

SEOUL – Parlimen Korea Selatan telah meluluskan usul yang menggesa pemecatan menteri dalam negeri sebagai tindak balas kerajaan terhadap tragedi rempuhan Itaewon dua bulan lalu.

Lee Sang-min telah menghadapi tekanan yang semakin meningkat supaya berundur berikutan insiden yang mengorbankan 156 orang dan mencederakan 152 yang lain pada 29 Oktober.

Usul yang dikuasi pembangkang itu meluluskan pemecatan Sang-min.

Tetapi Presiden Yoon Suk-yeol dijangka menolak gesaan peletakan jawatan menterinya.

Parti Demokrat telah mengancam untuk mendakwa Sang-min jika presiden menolak usul itu, lapor agensi berita Yonhap.

Kementerian Dalam Negeri adalah kementerian mengawasi polis Korea Selatan, telah dikritik susulan bertindak balas terhadap insiden di Itaewon.

Itaewon adalah sebuah lokasi hiburan malam yang popular di Seoul dengan jalan-jalan sempit dan lorong-lorong yang dipenuhi dengan bar dan restoran.

Dalam kejadian 29 Oktober itu, 156 orang terkorban ketika menyambut Halloween yang pertama sejak sekatan Covid-19 ditarik balik.

Pada malam itu, kawasan itu menjadi sesak menyebabkan keadaan berasak-asak dan tidak terkawal hingga mencetuskan rempuhan.

Ketua Polis Korea Selatan, Yoon Hee-keun, mengakui tindakan kecemasan adalah “tidak mencukupi” dan berikrar menyiasat kejadian sebenar yang berlaku. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast