KABUL – Sekurang-kurangnya tiga lelaki bersenjata terbunuh selepas pasukan keselamatan kerana melepaskan tembakan di sebuah hotel di tengah Kabul yang popular dengan warga China, semalam.
Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid menerusi Twitter memaklumkan, dua warga asing cedera ketika cuba melarikan diri dengan melompat dari balkoni hotel.
Hospital Kecemasan Kabul berhampiran hotel melaporkan menerima 21 mangsa; 18 cedera dan tiga maut.
Sumber Taliban berkata, serangan itu dilakukan di Hotel Longan, lokasi warga China dan warga asing lain biasanya tinggal ketika berada di ibu negara Afghanistan.
Hotel Longan dimiliki oleh warga China.
Jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran berkata, serangan itu berlaku sekitar 2.30 petang waktu tempatan.
Penduduk sekitar memberitahu, mereka mendengar letupan kuat diikuti tembakan.
Serangan itu berlaku sehari selepas Duta China bertemu Timbalan Menteri Luar Afghanistan untuk membincangkan perkara berkaitan keselamatan dan mendapatkan lebih banyak perhatian mengenai perlindungan kedutaannya. – Agensi