Sembilan individu dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang Geng Kabali pada 2019.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizul Azmi Adnan selepas mengambil kira hujahan mitigasi daripada kedua-dua pihak peguam bela dan timbalan pendakwa raya.