Gambar hiasan.

SIBU – Seorang wanita berusia 44 tahun mengalami kerugian sebanyak RM152,050 selepas terpedaya dengan cinta maya (love scam) seorang individu dikenalinya menerusi Facebook sejak awal Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata suspek menghubungi wanita terbabit menggunakan aplikasi WhatsApp pada 8 Okt lepas, memaklumkan dia telah ditahan pihak Imigresen kerana membawa mata wang Britain dalam kuantiti yang banyak.

“Atas dasar percaya dan kasihan, mangsa telah membuat 27 transaksi pindahan wang dari 10 Okt hingga 5 Dis ke dua akaun berbeza yang diberikan suspek bagi tujuan bayaran untuk menolong ‘kekasihnya’ itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata mangsa yang menyedari telah ditipu selepas meragui bayaran tersebut kemudiannya menghubungi rakannya sebelum membuat laporan polis pada 8 malam, semalam.

Sementara itu, Zulkipli menasihati orang awam agar berhati-hati dengan sindiket penipuan ‘love scam’ serta mengingatkan mereka agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu daripada seseorang yang hanya dikenali di laman sosial.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast