Dr Mohd Yadzil Yaakub

KUALA LUMPUR – Inisiatif pemberian pemberian tuala wanita secara percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah satu program yang baik.

Bagaimanapun, keberkesanan program itu mestilah dinilai agar inisiatif itu tidak dianggap syok sendiri, kata Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakob.

“Pada peringkat awal nak mulakan program ni pun dah jauh tersasar, apa lagi maklum balas yang di inginkan juga dari orang dan tempat yang juga jauh tersasar. Sudah pasti maklum balas yg diterima akan tidak tepat.

“Kalau nak pastikan pengoperasian berjalan dengan baik ada baiknya dibincangkan dengan baik dalam satu team task force yang akan membincangkan dari A-Z segala hal yang berkaitan perlaksanaan program serta mendapat pandangan dari agensi yang akan terlibat sebelum dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Yadzil berkata demikian mengulas kenyataan Dr Zaliha cadangan KKM yang akan melaksanakan inisiatif tuala wanita percuma kepada wanita daripada golongan kurang berkemampuan dalam usaha memerangi kemiskinan haid.

Dalam pada itu, Mohd Yadzil berkata, KKM perlu lebih cakna dengan teguran yang dibuat netizen.

Ini kerana, ujarnya, teguran yang dibuat netizen mungkin ada kebaikan yang boleh diambil sebagai input dalam melaksanakan cadangan murni tersebut.

“Tak salah pihak menteri mengambil pandangan netizen itu untuk perbaiki pelaksanaan program itu kerana itu juga adalah maklum balas awal kepada menteri berkaitan program ini,” katanya lagi.

Dr Zaliha sebelum ini berkata, sudah tiba masanya isu kemiskinan haid dalam komuniti ditangani dengan dasar yang lebih tegas berikutan selama ini ia hanya dibuat melalui gerakan dan program di peringkat pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast