SUNGAI BULOH – Enam korban tanah runtuh di Batang Kali yang telah dikenal pasti dibawa keluar dari Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh.
Kesemua mayat dipercayai akan diambil dituntut oleh keluarga masing-masing untuk proses pengkebumian sekitar Lembah Klang.
Van pertama meninggalkan jabatan berkenaan pada pukul 4.20 petang, diikuti van kedua pada 4.41 petang.
Van seterusnya pula keluar pada 5.20 petang.
Kemudian dua lagi masing-masing meninggalkan Jabatan Forensik pada 5.22 petang.
Van membawa jasad terakhir pula dibawa keluar pada 5.28 petang.
Terdahulu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengenal pasti identiti enam daripada 23 mangsa yang meninggal dunia dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali pada Jumaat.
Mangsa dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian cap jari.-MalaysiaGazette