Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar menerima cenderamata daripada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat (kiri) pada Konvensyen Kongres Tahunan CEUCPACS ke-29 di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 DISEMBER 2022.

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu Kerajaan Perpaduan melihat semula cadangan pihaknya agar menaikkan kadar gaji memimum penjawat awam kepada RM1,800 sebulan.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, cadangan itu pernah diutarakan kesatuan itu tiga tahun lalu namun terhenti disebabkan pandemik Covid-19 dan pertukaran kerajaan sebanyak tidak kali.

“Kami mohon kepada kerajaan supaya melihat semula gaji minimum yang ada pada hari ini untuk sektor awam.

“RM1,200 ini amat jauh ketinggalan jadi kami telah mencadangkan selama tiga tahun kepada kerajaan dan sempena dengan kerajaan baharu dan Perdana Menteri kesepuluh ini, CUEPACS mencadangkan supaya lihat semula cadangan kami untuk meletakkan gaji minimum RM1,800 untuk sektor awam.

“RM1,800 campur dengan COLA RM300, dan wang tetap perumahan RM300 dan dicampur dengan imbuhan tetap khidmat awam maka telah menghampiri RM2,450,” katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Menurut Adnan, cadangan tersebut jika dapat direalisasikan bermakna jumlah gaji kakitangan awam menghampiri sasaran kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi negara maju berpendapatan tinggi pada 2025 yang dibentangkan di Parlimen pada 27 Oktober lalu. 

Adnan ditemui media ketika mengiringi Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS ke 29, pagi tadi.

Mengula lanjut, katanya, CUEPACS tidak memberikan sebarang mengenai pelaksanaan cadangan tersebut namun amat berharap kerajaan dapat mempertimbangkannya.

Dalam pada itu, Adnan juga menyifatkan tuntutan tersebut sebagai munasabah kerana mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat pasca pandemik ini.

“Itulah kita cadangkan gaji minimum RM1,800 bagi penjawat awam, bagi CUEPACS kita merasakan bahawa kerajaan mampu laksanakan kerana semasa penjawat awam yang telah berkhidmat gajinya telah melebihi RM1,800 tidak ada isu.

“Kerajaan telah memperkenalkan KGT khas RM100 maknanya di bawah RM1,800 itu ditambah RM100 sudah capai RM1,800. Tidak ada kos yang baharu mungkin pada pengambilan pertama penjawat awam yang baru nak dilantik.

“Inilah tuntutan yang munasabah, mungkin kerajaan tidak mampu untuk umum dalam bentuk pelarasan gaji lain dalam keadaan apa yang telah disebut oleh PM hutang lebih RM1 trilion dan sebagainya,” katanya lagi.

Untuk rekod, kadar gaji minimum penjawat awam kini adalah pada paras RM1,200 sebulan.

Bulan lalu, Adnan mencadangkan agar parti politik menyenaraikan cadangan gaji minimum RM1,800 untuk penjawat awam dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) lalu.

Pada 1 Mei lalu, kerajan mengumumkan pelaksanaan gaji mi umum RM1,500 bagi sektor swasta dalam perniagaan yang mempunyai lebih daripada lima pekerja. – MalaysiaGazette