Kenderaan polis membawa dua mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm tiba di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Enam mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di Jalan Genting Highlands – Batang Kali telah dikenal pasti sehingga jam 7 pagi tadi (Sabtu).

Mereka adalah:

  1. Lim Wei Xin (Dewasa Perempuan)
  2. Hong Mei Jing (Dewasa Perempuan)
  3. Nurul Azmani (Dewasa Perempuan)
  4. Lai Lee Yin (Dewasa Perempuan)
  5. Tong Kai (Lelaki 9 tahun)
  6. Lai Lee Koo (Dewasa Perempuan)

Maklumat terkini ini dikongsi Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan petang ini.

Menurut agensi tersebut, enam daripada 21 mangsa yang meninggal dunia itu telah dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian finger printing.

Proses bedah siasatan dan pengecaman mayat lain masih dijalankan.

Sementara itu, lima mangsa masih dirawat di Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Mereka adalah:

  1. Yam Kee Yen (Perempuan)
  2. Tai Ei An (Lelaki)
  3. Choo Wai Lun (Perempuan)
  4. Ling Zi Zuan (Perempuan)
  5. Loh Teng Shui (Lelaki)

Tiga mangsa yang sebelum ini dirawat di Hospital Kuala Kubu Bharu pula telah dibenarkan pulang. – MalaysiaGazette