Ahli Lembaga Pemegang Amanah, MPOGCF, Hairulazim Mahmud menyerahkan replika cek kepada Presiden Zoo Negara, Datuk Sr. Zaharin Md. Arif di Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 17 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) menaja RM1.1 juta kepada Zoo Negara khusus untuk program Menaik Taraf Pameran Orang Utan Borneo.

Menurut Pengurus Besar yayasan tersebut, Zamakhshari Muhammad, kerjasama di antara dua pihak itu merupakan kesinambungan projek-projek pemuliharaan Orang Utan yang sedang dan bakal dilaksanakan melalui pembiayaan MPOGCF.

Katanya, tajaan berkenaan untuk Zoo Negara melaksanakan penambahbaikan kandang yang berkonsep terbuka termasuk kerja-kerja pemulihan dan pemuliharaan bagi memastikan Orang utan Borneo yang kini ditempatkan di Pusat Ape terus hidup dengan baik.

“Kerjasama ini juga tepat pada masanya kerana Orang Utan merupakan antara tiga hidupan liar yang dipilih menjadi ikon dan keutamaan MPOGCF untuk projek-projek pemuliharaan. Dua lagi hidupan liar ialah gajah dan Harimau Malaya.

“Keriasama MPOGCF dan Zoo Negara ini merupakan kesinambungan kepada projek-projek pemuliharaan Orang Utan yang sedang berjalan dan bakal dilaksanakan dengan pembiayaan daripada MPOGCF,” katanya.

Zamakhshari Muhamad ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Penajaan (MPOGCF) bagi Menaik Taraf Pameran Organg Utan Bornei di Zoo Negara. Foto MUHD NA’IM, 17 DISEMBER 2022.

Beliau berkata demikin ketika berucap di Majlis Penyerahan Cek Penajaan MPOGCF Bagi Menaik Taraf Pameran Orang utan Borneo di Zoo Negara.

Turut hadir, Presiden Zoo Negara Malaysia, Datuk Seri Zaharin Md Arif dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, MPOGCF, Hairulazim Mahmud.

Sementara itu, Hairulazim berharap tajaan MPOGCF akan membantu Zoo Negara memastikan habitat semasa Orang Utan Borneo diuruskan dengan baik.

Hairulazim Mahmud (tengah) bersama Presiden Zoo Negara Malaysia, Datuk Sr. Zaharin Md. Arif  bergambar bersama selepas Majlis Penyerahan Cek Penajaan (MPOGCF) bagi Menaik Taraf Pameran Organgutan Borneo di Zoo Negara. Foto MUHD NA’IM, 17 DISEMBER 2022.

Tambahnya, melalui kerjasama dua hala tersebut, yayasan berkenaan diberi peluang mempromosikan jenamanya melalui papan-papan tanda dan papan-papan iklan di lokasi-lokasi strategik di sekitar Zok Negara sekaligus menyokong industri sawit dalam negara.

“Kami berharap melalui kolaborasi strategik ini dapat membantu memperkenalkan MPOGCF kepada pelawat tempatan dan luar negara sekali gus mempromosikan sokongan oleh industri minyak sawit negara kepada usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar,” katanya lagi. -MalaysiaGazette