Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika hadir bersama anaknya, Nooryana Najwa Najib bagi menghadiri perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum mendengar keputusan kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 NOVEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Noorliyana Najwa berharap bapanya, Datuk Seri Najib Razak terus bersabar dan menjalani ujian yang dihadapinya dengan kekuatan dan kesabaran yang luar biasa.

Sebagai seorang anak, beliau tetap cekal menunggu sehingga tiba masanya bekas Perdana Menteri itu untuk berjuang semula.

“Tak mengapa. Jika mereka tak sudi terima. Dunia mencemuh. Tidak menjadi beban. Dia hanya manusia biasa, Namun hatinya itu sendiri yang luar biasa.

“Hatinya tetap teguh dan percaya, yang akan kekal menjadi rahmat Tuhan. Buat sebuah kehidupan. Menunggulah seorang anak. Untuk berjuang semula.

“Sabarlah sebentar daddy, jalanilah ujian ini dengan kekuatan dan kesabaran yang luar biasa. Yana hanya mampu terus berdoa untuk daddy,” demikian luahannya dalam hantaran TikTok miliknya, malam tadi.

VIDEO: https://www.tiktok.com/@yana.najib/video/7177717941415218458?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7177926311146522113

Para netizen turut bersimpati dengan dugaan besar yang dihadapi Najib dan ramai dalam kalangan mereka menghargai sumbangan serta usaha beliau membantu rakyat semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.

Berikut adalah komen-komen sebahagian daripada mereka di bawah hantaran TikTok Yana Najib:

“Saya membesar zaman DSNR (Datuk Seri Najib Razak)… terima kasih kerana sentiasa mengambil berat golongan susah.. saya akan ingat jasa DSNR.”

“Saya pun dapat kerja zaman dia… Masuk SBPI (sekolah berasrama penuh integrasi).. yuran free tapi STPM gagal, tak dapat u… guna result SPM… 3A, lain kredit, masa 8 tahun dulu, dapat nurse, mak ayah golongan B40, lepas dapat kerja… mak ayah makin senang… semoga Allah SWT membalas jasamu, DSNR…”

“Tak pernah lupa jasanya, sentiasa berdoa untuk DSNR. Biar apa pun orang kata, kami sekeluarga tetap setia dan mengenang jasa beliau.”

“Zaman DSNR loan senang lulus.”

“DSN PM yang terbaik tak kan ada lagi yang mcam beliau.. Puan Yana tolong jaga Kiki ye.”

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes SRC International manakala semakan kehakiman kes tersebut dijadualkan bermula bulan depan.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu turut berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast