Nur Jazlan Mohamed

KUALA LUMPUT – UMNO akan ‘ditalkinkan’ atau pupus lebih awal sekiranya parti itu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jika UMNO bergabung dengan PN belum tentu parti itu mendapat kemenangan 30 kerusi.

Ini kerana menurut beliau, UMNO akan dipaksa menyerahkan banyak kerusi kepada Bersatu dan Pas.

“Daripada 165 kerusi (tolak kerusi di Sarawak dan Sabah) jika dibahagi kepada BN, Pas dan Bersatu dan Gerakan, mungkin UMNO cuma dapat bertanding kurang 50 kerusi selepas ditolak kouta untuk MCA dan MIC.

“Lebih perit lagi pastinya Pas dan Bersatu mahu bolot kerusi Melayu dan selamat untuk pastikan calon-calon mereka menang, sedangkan UMNO pula bakal terlepas banyak kerusi tradisi parti itu sejak tahun 1957,” kata Nur Jazlan.

Pas katanya, tidak akan mengalah untuk menuntut kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Manakala Bersatu pula ada kemungkinan untuk minta kerusi di Perak, Negeri Sembilan dan sebahagian Selangor.

Kerusi-kerusi yang dituntut adalah kerusi majoriti Melayu yang sememangnya menjadi rebutan tiga parti Melayu utama dalam PN.

Nur Jazlan mendakwa, Bersatu dan Pas telah menonjol sikap sebenar ketika bersama-sama UMNO dalam kerajaan apabila membolot kementerian penting untuk parti masing-masing.

Nur Jazlan mendakwa, keadaan akan bertambah teruk sekiranya UMNO bersetuju mendirikan Kerajaan Perpaduan bersama Bersatu dan Pas selepas pilihan raya.

Katanya, kedua-dua parti tersebut sudah pasti mahu menjadi jaguh kerana memiliki kerusi yang lebih banyak berbanding UMNO.

“Saya kenal sangat dengan perangai Muhyiddin dan Abdul Hadi yang masing-masing mahu jadi abang besar dalam pakatan dan UMNO akan jadi mangsa buli mereka.

“Pengalaman dalam kerajaan PN sudah cukup mengajar UMNO untuk tidak jatuh dalam lubang yang sama dua kali,” kata beliau.

Sementara itu Nur Jazlan berkata, UMNO mendapat kedudukan yang sewajarnya melalui Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

UMNO mendapat portfolio penting dengan presidennya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

“Kita boleh lihat bagaimana PKR dan DAP boleh berunding dan bertolak ansur proses pembentukan kerajaan serta Kabinet.

“DAP berlapang dada untuk tidak menuntut kouta Kabinet yang lebih biar pun mereka ada ramai wakil dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Datuk Seri Anwar membentuk barisan menteri dan timbalan menteri yang solid.

“PH tak mengetepikan atau menganaktirikan UMNO dalam pelantikan menteri dan timbalan menteri dalam Kerajaan Perpaduan dengan menyaksikan wakil UMNO mendapat kouta yang sama rata dengan PKR dan DAP,” kata Nur Jazlan.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. SEBELUM INI ZAHID MUNAFIK DAN SEKUTUNYA YAKIN MENANG 2/3 SECARA SOLO dan SUMPAHAN LAKNAT ,,,NO ANWAR DAN NO DAP

    akhirnya HAMPIR MAMPUS SERTA DI TALKINKAN menuding jari pada pihak lain
    PRU14 Umnongok SUDAH kecundang memnta talian HAYAT dari PAS

    jika UMNO bergabung dengan PN belum tentu parti itu mendapat kemenangan 30 kerusi.?????

  2. pas yg bagi talian hayat masa pru14 tu menang berapa ratus kerusi?? hahahaha
    relax la x dpt jd kerajaan jgn meroyan…nak tunjuk sd sokongan pun x berani lagi nak sembang lbh puak² pn.

    • Kenapa dulu tidak mengorat,
      Baru senang untuk dapat,
      Dulu kamu kata UMNO kleptokrat,
      Kini boleh berpeluk erat.

      Bila sudah berpeluk erat,
      Lupa dunia lupa akhirat,
      Paling penting apa aku dapat,
      Selamat di dunia belum tentu di akhirat.

  3. Peliklah. Yang berjaya talkin kan UMNO adalah Zahid PKR, kalau tidak percaya kita tengok PRK tahun depan N9 dan Selangor, PKR hendak bagi UMNO berapa kerusi dun. Silap-silap satu kerusi pun tiada.UMNO kena guna lambang PH bukan BN.

  4. Terbaik! memang betul..paling kurangajar sekali ialah Bersatu dan Muhyidin…manusia pendendam ni mmg bercita2 nak kuburkan UMNO..malah dia isyitharkan UMNO+BN sebagai musuh utama, dan bukannya DAP atau PH menjelang PRU15…PAS plak sokong niat keji Muhyidin…sape ahli UMNO yg sokong Bersatu mmg musibat

  5. dah cantik lah tu umno masuk ph . tapi umno kena ubah lah perlembagaan parti nya supaya tidak menjadi abang besar dalam ph . hidup biar sama rata berjasa biar sama berharap . kalau umno nak dominan lagi pru16 nanti kenalah bertanding sendiri2 macam pru15 . barulah anak jantan .

Comments are closed.