SHAH ALAM – Datuk Adnan Mat dipilih sekali lagi untuk menerajui Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) selepas konvensyen Tritahunannya hari ini.
Bekas Presiden CUEPACS sesi 2018-2021 itu kekal bagi tempoh tiga tahun lagi.
Adnan menewaskan bekas timbalan presidennya, Zukifli Mohamed yang menerima 1,108 undi.
Dalam pada itu, Aminuddin Awang kekal Timbalan Presiden I yang menerima 1,111 undi manakala Norhayati Abd Rashid mengisi jawatan Timbalan Presiden II yang baharu dengan 617 undi.
Turut mengekalkan kerusi adalah Abdul Rahman Mobd Nordin yang mengisi jawatan Setiausaha Agung CUEPACS dengan 638 undi.
Selain itu, Setiausaha Kewangan diisi Anuar Mamat dengan 821 undi. – MalaysiaGazette