Salah seorang mangsa yang diselamatkan daripada bot yang meletup. foto Twitter

YANGON – Sebuah bot feri meletup mengakibatkan 17 orang cedera.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.45 petang ketika ia berada pada laluan Pansoedan-Dala, kata bomba.

“Letupan berlaku di bilik bawah bot yang dinamakan ‘Cherry’.

Seramai 17 orang cedera termasuk empat kini dalam keadaan kritikal,” katanya.

Insiden itu turut menjejaskan 19 orang pelancong yang berada di dalamnya.

Punca kejadian masih disiasat tetapi spekulasi menyatakan ada bahan letupan diletakkan di dalam pengangkutan itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast