Muhammad Azlan Al-Amin menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato’ oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah pada 8 Disember 2022 lalu

PEKAN – Pernah bergelumang dengan ulat sampah dan tekad mengeluarkan diri dari dunia kepapaan, Muhammad Azlan Al-Amin bangkit sehingga akhirnya bergelar jutawan hartanah dan dikurniakan pingat oleh pihak istana.

Bagi lelaki berusia 35 tahun ini, perjalanan yang dilalui sememangnya tidak mudah malah terpaksa berhadapan pelbagai cabaran getir termasuk tohmahan demi tohmahan.

Muhammad Azlan Al-Amin

Tanggal 8 Disember 2022 menyaksikan pengiktirafan buat Muhammad Azlan apabila beliau dikurniakan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato’ oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah

Beliau menerima kurniaan tersebut pada Istiadat Pengurniaan Darja-darjah Kebesaran dan Pingat-pigat Negeri Pahang Darul Makmur di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-63 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Pengerusi Eksekutif Haji Land Berhad itu menzahirkan rasa kesyukuran, serta merafak sembah atas kurniaan baginda sebagai penyuntik semangat untuk terus berjaya dan berkongsi kejayaan dengan golongan susah.

“Bersyukur dan gembira bagi saya satu tanggungjawab dan amanah yang harus dijunjung sebaik mungkin. Saya akan menjaga nama baik istana atas kepercayaan serta menjungjung kasih kerana perkenan kuriniaan pingat ini.

“Kita tahu keperitan hidup susah, pernah melalui kesusahan, jadi memang berazam untuk terus membantu golonga ini melalui kerja-kerja kebajikan,” katanya dalam pertemuan baru-baru ini.

Dilahirkan dalam keluarga susah dan dibesarkan bersama 16 adik-beradik, figura ini mengerti keperitan yang dilalui untuk kekal survival dalam dunia penuh pancoroba.

Muhammad Azlan dilahirkan pada 23 September 1987 dan mereka pernah dibanci sebagai keluarga paling miskin di Nageri Terengganu pada 1980 dan 1990-an.

Anak keenam yang dibesarkan di Kampung Tok Raja, Besut ini tidak malu bekerja sebagai pengutip sampah setelah tamat dunia persekolahan demi mencari rezeki yang halal.

Ikon usahawan jualan hartanah membina karier secara aktif membantu golongan kurang berkemampuan memiliki hartanah.

Membina rumah tangga bersama Nurul Fitriah Mohd Sabri, Muhammad Azlan turut berkongsi pengalaman membantu mangsa banjir di Pahang dengan menyediakan perkhidmatan helikopter pada tahun 2020 dan bekerjasama dengan MAPIM Malaysia.

Beliau juga bertekad untuk terus menyantuni dan membantu orang yang miskin, golongan asnaf, dan anak- anak yatim di seluruh negara.

“Saya nak membantu lebih ramai ramai pelajar seluruh Malaysia. Sebelum ini saya pernah menyumbang barang keperluan sekolah bagi 10,000 pelajar sekolah rendah dan menengan yang miskin di Terengganu dan Kelantan

“Jadi bila kita berjaya dan lebih bermotivasi, kini dikurniakan gelaran lagilah kita kena terus jadi manusia bermanfaat dengan membantu orang lain,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast