Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – MCA komited memelihara integriti dan mewujudkan mekanisme antirasuah dalam parti dan Barisan Nasional (BN) untuk memerangi rasuah serta salah guna kuasa.

Parti itu juga sentiasa memberi penekanan dalam membangunkan rangka kerja untuk tadbir urus yang baik dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

“Oleh itu, kami mengecam tindakan segelintir ahli politik yang cuba menidakkan komitmen kami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi memperbetulkan kesalahan terjemahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam laporan media berhubung Perkara 2.2 Resolusi Perhimpunan Agung ke-69 MCA yang berbunyi : “Perhimpunan Agung berikrar memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam parti serta BN secara menyeluruh.”

Perkara 2.2 sepatutnya berbunyi: “Membudayakan integriti serta mewujudkan mekanisme antirasuah dalam parti dan BN untuk memerangi rasuah serta salah guna kuasa.”

Untuk makluman, resolusi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung MCA pada 12 Disember lalu itu ditulis dalam bahasa Mandarin. – MalaysiaGazette