Dr. Haim Hilman Abdullah.

KUALA LUMPUR – Tempoh pelantikan Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dipendekkan berkuat kuasa 18 Januari 2023.

Kementerian Pendidikan Tinggi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Haim Hilman atas khidmat bakti dan kepimpinan beliau.

Haim Hilman,49, dilantik sebagai Naib Canselor UUM pada Januari tahun ini.

Sebelum itu beliau merupakan Timbalan Naib Canselor UUM. – MalaysiaGazette