Gambar hiasan

KLUANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor hari ini mengesahkan berlaku kejadian seekor gajah dipercayai tersesat dan memasuki kawasan Penjara Kluang, di sini, Isnin lepas.

Pengarahnya Aminuddin Jamin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada pihak Penjara Kluang pada 10 malam dan menggegaskan tiga petugas jabatan itu ke lokasi.

Beliau berkata, gajah dewasa itu dipercayai tersesat daripada kumpulannya yang dikenali sebagai ‘Grup Tenang’, yang difahamkan kira-kira 15 ekor.

Menurut Aminuddin, susulan itu, pihaknya menghalau gajah tersebut dengan menggunakan kaedah ‘tembak dan halau’ serta mengiringinya hingga ke kawasan selamat.

“Kita ambil tindakan dengan menembak ke udara beberapa kali menuju hutan berhampiran iaitu Hutan Gunung Lambak.

“Seterusnya, pihak Perhilitan akan melakukan pemantauan berterusan dan kawalan di lokasi sehingga keadaan benar-benar selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kejadian gajah memasuki kawasan penjara di negeri ini adalah kali pertama berlaku.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan provokasi terhadap gajah sekiranya bertembung dan berhubung dengan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast