khairuddin mengundi muda songsang musuh Allah
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Perbuatan menjadikan hadis berhubung hukum lari dari medan perang Islam dan menqiaskan konsep itu sebagai dalil bagi mengharamkan tindakan tidak mengundi dalam pilihan raya disifatkan sebagai satu istinbat hukum yang tersasar dan sangat tidak halus.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mempersoalkan sama ada ia bermaksud mereka yang tidak mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah berdosa besar.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus seterusnya bertanya sama ada pembentukan kerajaan baharu selepas PRU-15 bermaksud kuasa Islam telah jatuh.

“Atau dengan maksud hanya mengundi parti tertentu sahaja barulah dikira mengundi untuk kuasa Islam?

“Saya rasa fatwa ini perlukan penghalusan kerana kesannya besar pada umat,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan membangkitkan tentang hanya sekitar 60 peratus umat Islam yang keluar mengundi pada PRU-15.

Beliau mendakwa, sebahagian mereka tidak menunaikan kewajipan tersebut dengan memberi alasan melakukan ibadat haji dan umrah malah ada dalam kalangan mereka yang menunggu upah duit dan sebagainya.

Ahli Parlimen Marang itu bimbang sekiranya mereka melakukan dosa besar kerana melanggar perintah Allah SWT seperti dalam surah al-Anfal, ayat 15 dan 16 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang mara menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur). Sesiapa yang membelakangi mereka (mundur) pada waktu itu, kecuali berbelok untuk (menyiasat dalam) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan daripada Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahanam. Dan amat buruklah tempat kembalinya.”

Beliau turut memetik hadis yang bermaksud: “Berundur ketika musuh mara menentang Islam.” – MalaysiaGazette

Umat Islam tak keluar mengundi dikhuatiri berdosa – Hadi

1 Komen

  1. kalau tak mengundi dosa besar . kalau mengundi menang ph . lepas tu pujuk rayu wakil lompat masuk pn tak berdosa ke ??? . rasanya dosa sama dengan mencuri hak milik orang lain . tapi kalau orang islam buat halal kot . orang kafir buat je haram . mujur lah kalau kita jadi melayu islam . semua kerja halal dan ibadah .

Comments are closed.