Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar

KALAU orang bertanya apa legasi Datuk Seri M.Saravanan sebagai mantan Menteri Sumber Manusia, inilah yang beliau telah lakukan.

Sebenarnya, pindaan kepada Akta Kerja 1955 telah diluluskan di Palimen pada Mac lepas ketika Saravanan masih lagi menjadi Menteri Sumber Manusia.

Beliaulah yang membentangkannya di Parlimen ketika itu. Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 dilihat dari aspek manfaatnya bukan sahaja pada pekerja tetapi juga terhadapa perkembangan ekonomi negara.

Antara pindaan utama yang diluluskan ketika sesi palimen Mac 2022 termasuk lanjutan cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari, sekatan terhadap pemberhentian pekerja yang mengandung serta cuti bersalin kepoada pekerja lelaki yang telah berkahwin.

Sejak pindaan diluluskan oleh Parlimen, ia menerima perkenan Yang Di-Pertuan Agong pada 26 April dan sebenarnya telah diwartakan pada 10 Mei lalu.

Berita baiknya, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, Akta Kerja 1955 (pindaan) 2022 yang ditangguhkan pelaksanaannya sebelum ini akan mula berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.

Terima kasih Sivakumar kerana sambung legasi Saravanan.

Pada masa sama, seramai 2.99 juta golongan suri rumah dijangka memperoleh manfaat  pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada tahu hadapan.

SKSSR merupakan satu inisiatif yang bagus oleh pihak kerajaan kerana menghargai golongan suri rumah yang melakukan kerja-kerja rumah tanpa gaji tetapi sebenarnya mempunyai nilai ekonomi.

Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi keselamatan sosial kepada suri rumah berinsurans dalam bentuk faedah tertentu, meningkatkan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah, juga dibentang di Parlimen oleh Saravanan.

Suri rumah yang mencarum dalam skim itu berhak mendapat faedah hilang upaya seperti faedah perubatan, faedah hilang upaya kekal elaun layanan sentiasa, pencen penakat dan faedah pengurusan mayat.

Suri rumah berinsurans atau orang tanggungannya juga berhak kepada faedah keilatan iaitu  elaun keuzuran, elaun layanan, pencen penakat serta faedah pengurusan mayat. RUU itu antara lain mencadangkan amaun maksimum bagi faedah hilang upaya kekal RM 30 000 dibayar dalam suatu tempoh caruman suri rumah terbabit.

Lebih ramai wanita digesa mendaftar dalam skim SKSSR bagi menerima perlindungan terhadap sebarang musibah yang mungkin menimpa mereka semasa menjalankan tugasan domestik. – MalaysiaGazette

M Vivekananthan

Setiausaha Sulit kepada bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan