Gambar hiasan

KUANTAN – Sebanyak 422 kes denggi dilaporkan di daerah ini sehingga 27 Disember ini menunjukkan peningkatan sebanyak 67 peratus berbanding 252 kes pada tahun lalu.

Manakala jumlah kes demam denggi terkumpul bagi 11 daerah di Pahang pula sebanyak 952 kes melibatkan satu kematian.

Menurut Unit Kawalan Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan, sehingga kini sebanyak 38 wabak direkodkan.

Sebanyak 38 wabak dikesan menyebabkan peningkatan sebanyak 80 peratus berbanding  21 dalam tempoh yang sama pada tahun 2021.

Manakala sebanyak tujuh lokaliti aktif wabak dikesan membabitkan 27 kes telah dikesan.

Antara lokaliti yang dikesan ialah enam kes di Taman Permatang Badak Baru; Taman Sungai Isap Damai Fasa 4 (3); Taman Pasdec 2 IM2 (8); Taman Pandan Perdana Batu 8 (3); Taman Irama IM 1 (2); Lengkok Kanan Tanah Putih Baru 2 (2)  dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan (3). – MalaysiaGazette