Wednesday, September 25, 2024
Home 2022

Arkib Tahunan: 2022

Munawwareen sumbang basikal eletronik kepada polis, lampu solar kepada mangsa banjir

Kesukaran pihak PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam (JPA) membuat rondaan dan menyalurkan bantuan di kawasan berkenaan, sekurang-kurangnya dapat bertugas dengan lebih efisien apabila adanya E Bike sumbangan Munawwareen, kata Datin Aliza.

Umbro taja kit TFC bernilai RM1.8 juta selama dua musim

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab Rasid Jusoh berkata, kerjasama bersama jenama Umbro ini dilihat mampu mengangkat nilai komersial kelab ke arah yang lebih tinggi.

Shahidan yang tidak baca Laporan Audit Negara isu kolam takungan banjir

Berdasarkan Laporan Audit Negara 2019 siri kedua yang telah diterbit dan boleh dimuat turun di laman sesawang Ketua Audit Negara, enam buah kolam takungan banjir telah diberi milik dan ini menimbulkan keresahan penduduk Kuala Lumpur.

2 jalan di Segamat ditutup

JOHOR BAHRU - Jalan Jabi Kampung Bukit Tempurong dan Jalan Bangas di Segamat ditutup kepada semua jenis kenderaan susulan paras air naik kira-kira 0.5 hingga 0.6 meter. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri berkata, Jalan Jabi Kampung Bukit Tempurong ditutup pada 10 pagi Sabtu, membabitkan keluasan kawasan kira-kira 1,000 meter dan kedalaman air 0.5 meter. "Jalan Bangas ditutup pada jam 10 pagi pada Sabtu selepas air naik 0.6 meter melibatkan kawasan kira-kira 100 meter. Orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif, Jalan Kuala Paya Balai Badang. "Berdasarkan maklumat, antara faktor menyumbang kepada laluan dinaiki air ialah hujan berterusan. Justeru kedua-dua jalan terpaksa ditutup bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya dalam kenyataan media hari ini. Menurut Solihan, papan tanda amaran banjir dan jalan ditutup diletakkan di lokasi laluan yang ditutup dan pemantauan berterusan akan dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dan daerah Segamat. Pengguna jalan raya diingatkan sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan patuh arahan pihak berkuasa. Berhati-hati di jalan raya dan jaga keselamatan masing-masing," katanya.-MalaysiaGazette

456 mangsa di Segamat dipindahkan

Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APM) Johor berkata, kesemua penduduk yang terjejas ditempatkan di lapan PPS selepas kediaman mereka dinaiki air sehingga paras 1.5 meter.

Kerajaan peruntuk RM5 juta beli bot ATM, PDRM

Kerajaan sudah luluskan RM5 juta untuk tentera dan polis beli bot baru mereka bagi siap siaga gelombang kedua. - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hujan berterusan di kebanyakan negeri hingga Selasa

Hujan lebat berterusan itu membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang; Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor; serta seluruh Melaka.

12 maut dalam rempuhan di kuil

Kejadian itu semasa penganut Hindu sedang melawat kuil Mata Vaishno Devi di Kashmir yang ditadbir India.
Ia boleh menjadi perjanjian perdagangan terbesar dunia, tetapi Malaysia tidak akan menandatangani Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) jika ia tidak membentuk perjanjian yang adil.

Perjanjian perdagangan mega RCEP berkuat kuasa bagi 10 negara peserta

Negara-negara tersebut ialah Australia, Brunei, Kemboja, China, Jepun, Laos, New Zealand, Singapura, Thailand dan Vietnam, demikian menurut Sekretariat ASEAN. 
video

MGNews: : Lebih 600 Sukarelawan Bersama KPPK Bantu Bersih Rumah Mangsa

Ketua Setiuasusaha Kementerian Perusahaan Perlandangan dan Komuniti, Datuk Ravi Muthayah bercakap pada media ketika mengadakan Misi Bantuan Banjir di Kampung Pisang, Kuala Selangor.