Kalsom (tengah) bersama antara enam bayi tahun baharu 2023 yang dilahirkan di Hospital Melaka setakat jam 1 petang tadi.

MELAKA – Kedatangan Tahun Baharu 2023 di Melaka diceriakan dengan kelahiran enam bayi di Hospital Melaka, di sini, hari ini setakat pukul 1 petang tadi.

Ia menyaksikan bayi pertama seberat 2.14 kilogram lahir pada pukul 1.20 pagi serta bayi keenam pada pukul 9 pagi
menjadikan keseluruhan empat bayi perempuan dan selebihnya lelaki.

Lima daripada bayi berkenaan dilahirkan secara normal manakala seorang dilahirkan secara pembedahan, manakala tiada kelahiran baharu direkodkan setakat jam 1 petang tadi di Hospital Jasin dan Alor Gajah.

Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin yang sempat meluangkan masa menyantuni ibu yang baharu menerima cahaya mata itu berkata, lima bayi dilahirkan secara normal manakala seorang melalui pembedahan.

“Saya yakin kelahiran amat bermakna pada hari pertama 2023 ini pastinya memberi makna amat besar kepada para ibu dan saya yakin pihak hospital juga tentunya akan memberikan rawatan terbaik kepada ibu dan bayi bertuah ini.

“Dengan adanya pusat kesihatan serba lengkap ini, saya rasa itu sudah cukup menggembirakan ibu-ibu ini yang perlu datang setiap minggu dan bulan untuk rawatan, kaunseling dan sebagainya,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan cenderahati kepada ibu terbabit sebagai tanda ucapan tahniah atas kelahiran berkenaan dalam satu majlis serba ringkas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast