KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing menyeru semua pihak untuk melihat pembukaan sempadan China secara rasional.

King Sing turut mengingatkan agar persahabatan antara Malaysia dan China tidak dimusnahkan.

Dalam kenyataan di media sosial, beliau meminta supaya semua pihak berhati-hati dalam memberikan pandangan.

“Walaupun jika dilihat di media sosial dan laporan media yang kurang mesra dengan kerajaan China berhubung pembukaan semula pintu sempadan mereka, namun kita perlu berhati-hati dalam memberikan pandangan sebelum memahami situasi sebenar apa yang berlaku.

“Kita juga perlu menjaga hubungan diplomatik kedua-dua negara yang terjalin erat sekian lama.

“Apa jua isu atau permasalahan, kedua-dua negara dapat duduk berbincang dan mengatasinya bersama-sama,” katanya.

Sementara itu King Sing berkata, aktiviti ekonomi terutama sektor pelancongan negara dapat dipertingkatkan dengan pembukaan semula pintu sempada negara itu.

Menurutnya, Malaysia menjadi antara 10 destinasi pilihan rakyat negara itu untuk melancong.

Selain itu, Tiong Sing turut menyatakan penghargaan kepada China atas kerjasama dan hubungan erat yang ditunjukan ke atas Mlaaysia.

China juga menurut Tiong Sing menjadi rakan dangan terbesar Malaysia.

“Dengan pembukaan semula pintu sempadan, kita yakin dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi menerusi aktiviti-aktiviti dalam sektor pelancongan.

“Serta menjadikan Malaysia sebagai salah satu dari 10 destinasi pilihan terbaik bagi pelancong dari China.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada China kerana terus bekerjasama dan menjalin hubungan erat serta memberi sokongan kepada Malaysia khususnya dalam sektor pelancongan, selain menjadi rakan dagang terbesar kita,” katanya.

Beberapa pihak menyatakan kebimbangan terhadap kehadiran pelancong China ke negara ini berikutan kebimbangan terhadap situsai Covid-19 di negara itu.

Media antarabangsa New York Post misalnya pada 28 Disember lalu melaporkan ratusan penumpang dari China yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Malpensa, Milan adalah positif COVID-19 dan terpaksa diasingkan dengan segera.

Beberapa negara turut mengambil langkah berhati-hati terhadap kemasukan pelancong dari China.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast