Serangan berlaku di penjara Cereso No 3 mengorbankan 10 nyawa. Foto Agensi

MEXICO CITY – Seramai 10 orang pengawal dan empat banduan terbunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjata dalam kenderaan berperisai melepaskan tembakan di penjara yang terletak bersempadan dari El Paso, Texas.

Sekurang-kurangnya 24 banduan melarikan diri dalam kekacauan tersebut.

Penjara yang terletak di Cereso No 3 dekat Ciudad Juarez, diserang awal Ahad dan menyebabkan 13 orang cedera selain 14 kematian, menurut pejabat pendakwa negeri Chihuahua.

Lelaki bersenjata dalam kenderaan kalis peluru tiba sekitar jam 7 pagi di penjara tersebut sambil melepaskan tembakan, menurut El Paso Times.

Tentera dan polis Mexico telah mengawal sepenuhnya penjara tersebut selepas serangan namun lebih daripada 20 banduan dilaporkan berjaya melepaskan diri.

Sebelum serangan tersebut, pejabat pendakwa raya negeri berkata, seramai empat lelaki yang menaiki kenderaan SUV telah ditahan selepas terlibat dalam insiden kejar-mengejar.

Dua daripada lelaki tersebut berjaya dibunuh.

Pejabat Pendakwa Raya sedang menyiasat insiden berkenaan.

Pada bulan Ogos lalu, rusuhan berlaku di penjara yang sama dan merebak ke jalanan hingga mengorbankan 11 orang.

Dua banduan dibunuh di dalam penjara dan kemudian dikatakan ahli kumpulan samseng mula menembak bandar itu, termasuk membunuh empat kakitangan stesen radio yang sedang melakukan promosi di sebuah restoran. – Agensi