Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pesawah di Kelantan, Terengganu dan Pahang  menjadi penerima pertama Bantuan Khas PadiBeras Nasional Berhad (Bernas) bernilai RM10 juta yang akan diagihkan secara berperingkat-peringkatkan

Manakala, pesawah-pesawah dari negeri-negeri lain di seluruh negara akan menerima bantuan khas ini apabila baki berjumlah RM50 juta disalurkan bermula awal tahun 2023.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) berkata, dianggarkan seramai 240,000 orang pesawah di seluruh negara akan menerima manfaat daripada sumbangan Bernas yang secara keseluruhan berjumlah RM60 juta.

Bantuan ini merupakan insentif khas kerajaan kepada pesawah oleh Bernas dalam membantu meringankan kos sara hidup para pesawah selain manfaat sedia ada yang
disediakan oleh kerajaan dalam bentuk subsidi (input dan output).

Menurut MAFS, pada masa ini, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selaku agensi pembayar sedang mengenal pasti dan menyemak senarai pesawah yang layak berdasarkan prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi memastikan proses penyaluran bantuan khas ini berjalan lancar.

Jelasnya, kementerian ini sentiasa peka dan prihatin dengan kebajikan golongan petani, penternak dan nelayan selain turut menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif
kepada golongan sasar MAFS. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast