Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Orang ramai digalakkan mengambil dos penggalak sebagai usaha bagi meningkatkan imuniti badan selain mengamalkan pemakanan sihat menerusi pengambilan suplemen tambahan.

Presiden Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Boi Saidi Abd Razak berkata, data dari pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga 31 Disember lalu menunjukkan terdapat dua varian baharu Covid-19 Omicron iaitu BA5.2 dan BF.7 di kesan di negara ini.

Katanya, terdapat 4148 jumlah jangkitan varian BA5.2 manakala tiga kes lagi merupakan varian BF.7.

“Tiada kemudaratan yang ketara terhadap jangkitan di Malaysia. Masalah di China adalah jangkitan virus Covid-19 varian BF.7 meningkat secara mendadak.

“Menurut laporan dari China tahap jangkitan BF.7 adalah sangat tinggi. Ini beerti penularan Covid-19 Covid-19 varian BF.7 adalah sangat cepat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Boi Saidi Abd Razak

Boi Saidi berkata, setakat ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum lagi mengeluarkan apa-apa amaran kemudharatan terhadap dua varian tersebut namun para saintis di China memberitahu, varian Omicron sangat cepat bermutasi.

Justeru Perdim menasihatkan orang ramai terutama mereka yang bergejala seperti demam perlu segara membuat pemeriksaan doktor supaya dapat ditentukan keperluan sama ada perlu menjalani pemeriksaan saringan RTK Covid-19.

Tambahnya, mereka yang didapati positif Covid-19 bergejala ringan perlulah menjalani kuarantin di rumah manakala yang serius perlu dirujuk untuk mendapatkan anitivirus atau dimasukkan ke hospital.

“Mereka yang memiliki penyakit comorbity perlulah kekal menjalani Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 seperti sebelum ini.

“Golongan ini dinasihatkan untuk kekal memakai pelitup muka di ruangan tertutup dan melakukan sanitasi tangan serta memghindari diri daripada bersalaman,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast