Nazren Nasha (Tengah) beramah mesra bersama pelajar orang SK) Panchor Kota Tinggi petang tadi selepas menyampaikan sumbangan awal persekolahan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi petang tadi.

KOTA TINGGI – Seramai 25 pelajar anak orang asli di Sekolah Kebangsaan (SK) Panchor Kota Tinggi hari ini menerima sumbangan awal persekolahan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi.

Pegawai Khas Parlimen Kota Tinggi, Mohamad Nazren Nasha yang mewakili  Datuk Seri Khaled Nordin Ahli Parlimen itu berkata, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi akan sentiasa menyantuni dan membantu keperluan rakyat terutamanya golongan sasar yang memerlukan seperti anak-anak orang asli ini.

Katanya, selain golongan bandar, anak-anak di kawasan pedalaman juga menjadi keutamaan bagi memastikan tiada yang tercicir dalam pemberian sumbangan.

Tambahnya lagi, walaupun Ahli Parlimen Kota Tinggi kini sibuk menjalankan tugas sebagai menteri,  namun segala bentuk usaha membangunkan Kota Tinggi membantu rakyat tetap menjadi keutamaan.

“Setiap minggu jika tiada tugasan di kementerian, menteri akan turun ke kawasan  melihat sendiri masalah yang dihadapi rakyat di Kota Tinggi.

“Walaupun hanya baru beberapa bulan sebagai ahli Parlimen Kota Tinggi, beliau telah berjaya menyelesaikan beberapa masalah yang tertangguh dan membawa isu-isu lama untuk diselesaikan,” katanya selepas  majlis sumbangan persekolahan sesi 2023 di Panchor Kota Tinggi petang tadi.

Turut sama dalam majlis penyerahan pagi persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sk Panchor Salim.

Katanya lagi sumbangan seumpama ini akan diteruskan dari masa ke masa.

“Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat akan keperluan rakyatnya, termasuklah masyarakat orang asli.

“Kami berharap dengan sumbangan kelengkapan persekolahan ini, kanak-kanak terlibat akan lebih bersemangat dan dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran,” katanya.- MalaysiaGzette