KUALA LUMPUR – Tiada manfaat membiarkan judi berleluasa kerana kegiatan itu bukan sahaja diharamkan agama malah ia merosakkan institusi masyarakat.
Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed berkata, tindakan kerajaan negeri Kedah tidak membenarkan pusat perjudian beroperasi pasti melegakan mereka yang mengundi parti berkenaan.
“Ini juga suatu bukti undi Pas beroleh pahala. Tahniah dan rakyat Kedah saya seru agar sekali lagi menghijaukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dalam pilihan raya negeri (PRN) nanti, juga secara total,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kelmarin, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri Kedah menamatkan sepenuhnya semua operasi premis perjudian dan loteri berkuat kuasa 1 Januari 2023.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Hafez Sabri berkata, apabila judi yang menjadi salah satu ‘penyakit kehidupan’ dalam masyarakat dibanteras, banyak individu dan keluarga dapat diselamatkan.
Malah menurut beliau, keberkatan dan rahmat Allah akan dinikmati oleh semua pihak.
“Sudah tentu keputusan tersebut melegakan semua pihak apabila kerajaan Pas-Perikatan Nasional (PN) mengotakan janji mengambil tindakan tersebut bagi mengelak mudarat lebih besar dalam kalangan masyarakat selain mencapai sasaran sifar judi dengan menamatkan sepenuhnya bermula tahun baharu 2023.
“Kekalkan Kerajaan Pas-PN untuk terus memerintah Kedah dalam PRN nanti,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi.
Hafez menambah, Dewan Pemuda Pas Perak turut menyatakan sokongan terhadap ucapan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam sidang DUN Perak pada 22 Disember lalu untuk menghapuskan judi di muka bumi ini.
“Insya-Allah, Perak mesti mengambil langkah yang sama dan segera ke arah sifar judi di negeri ini,” katanya. – MalaysiaGazette
Bertambah2 kasih dan sayang kepada pemimpin2 dan kerajaan parti ini. Jom semua akar umbi Muafakat Nasional di PP, N Sembilan & Selangor semua sama2 berHIJRAH memenangkan calon2 parti ini dlm PRU negeri tahun ini. InsyaAllah kita BOLEH!
POLITIK SEIRING DENGAN HUKUM SYARIAH….TIADA AGAMA SUKU POLITIK SUKU yang dijaja oleh sekular….begitu juga norma2 kehidupan lain WAJIB MENUNGGANG HUKUM2 DALAM ISLAM YANG SYUMUL….bukan HUKUM2 tunduk pada NAFSU SERAKAH kita
BERANI ke KERAJAAN MUNAFIKUN ANWAR ZAHID untuk tutup TERUS PUSAT JUDI ARAK KELAB MALAM SELURUH NEGARA
ANWAR menanti DANA2 KHAS dari TOKEH2 MAKSIAT ini SEPERTI yang memFITNAH PAS terima DANA JUDI
Bodohnya ketajaan kedah ni. Beragama tapi kurang berilmu. Mrreka tutup operasi judi berdaftar akan lebih menguntungkan operasi judi haram dan online. Operasi judi haram akan bergerak lebih berleluasa tanpa kawalan dengan imbuhan lebih besar tanpa perlu membayar cukai. Lebih ramai akan berpeluang bermain judi secara haram. Satu tindakan yang bodoh dan terpedaya dengan agama. Pendidikan moral tentang judi adalah yang lebih baik dan meningkatkan kesedaran masyrajat tentang keburukan judi.
BODOHnya komen BATU API….
judi arak zina munafik rasuah tenung nasib semuanya HARAMM dalam ISLAM….dan sebagai pemimpin itulah DIDIKAN yang perlu KEPADA SEMUA RAKYAT
jadi TIADA ISTILAH JUDI HALAL atau JUDI Haram atau TERPERDAYA dengan agama,,,,melainkan yang komen bukan ISLAM
KHALIFAH 4 PUN MEMERANGI MEREKA YANG ISLAM yang TIDAK memBAYAR ZAKAT DAN MUNAFIK ….adakah tindakan ini terperdaya dengan HUKUM AGAMA