SHAH ALAM – Selepas tiga hari Wisma Jakel di sini terbakar – hari ini sekali lagi deretan bangunan yang sama dengan gedung pakaian itu terbakar buat kali kedua tengah malam tadi.
Kali ini melibatkan bilik simpanan kain langsirnya.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan tersebut pada pukul 12.40 tengah malam dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 1.45 pagi kemudiannya.
“Api berjaya dipadamkan keseluruhannya oleh pihak bomba pada 3.07 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat.
“Seramai 43 anggota dan pegawai ditugaskan untuk memadamkan kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum itu, gedung tekstil terkenal itu dilaporkan terbakar awal pagi 1 Januari lepas dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi dan telah berjaya dipadamkan.
Susulan, itu bomba Selangor semalam telah menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: