Diogo Luis Santo.

KUALA LUMPUR – Penyerang Brazil, Diogo Luis Santo kembali menyertai Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Menerusi video pendek di laman rasmi Johor Southern Tigers, Diogo tiba di perkarangan Stadium Sultan Ibrahim dan melangkah masuk ke stadium selain menjengah ke bilik persalinan sambil melihat jersi bernombor 11 yang bakal disarungnya pada saingan Liga Super musim ini.

Diogo pernah menyertai JDT pada musim 2019 dan 2020 dan berjaya menjaringkan 16 gol selepas membuat 32 penampilan bersama skuad Harimau Selatan.

Namun pada penghujung 2020, pemain kelahiran Sao Paulo, Brazil itu tidak menyambung kontrak bersama JDT, sebaliknya memilih untuk menyertai kelab dari Thailand, BG Pathum United dan pada November 2022, dia membuat keputusan untuk tidak meneruskan karier bersama kelab berkenaan.

Kehadiran Diogo bakal menyaksikan rangkaian serangan Harimau Selatan tampak lebih ampuh tatkala memiliki Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri yang pastinya memberi ancaman terhadap pasukan lawan pada saingan Liga Super yang lebih mencabar pada musim ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast