Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada Majlis Amanat Menteri Pertahanan 2023 di Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 05 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawai 2023 (LIMA23) yang dijadualkan berlangsung bermula pada 23 hingga 27 Mei tahun ini bakal disertai lebih 600 pempamer dari syarikat industri pertahanan tempatan dan antarabangsa.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, setakat hari ini sebanyak 80 peratus daripada mereka telah pun menyatakan komitmen masing-masing.

“LIMA’23 kali ini juga dijangka menarik kehadiran lebih 50,000 delegasi tetamu dari dalam dan luar negara.

“Oleh demikian, saya sangat berharap agar LIMA’ 23 kali ini akan berjaya seperti penganjuran Pameran Perkhidnatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia yang telah diadakan pada tahun lalu,” katanya dalam amanat Tahun Baharu 2023 di Wisma Pertahanan Kementerian di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menterinya Adly Zahari, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menyeru semua pihak agar dapat bersama dengan kementerian dalam menjayakan pameran dwitahunan itu yang mana pameran terakhir dilaksanakan pada 2019 sebelum wavak Covid-19 melanda negara.

“Kali terakhir pameran ini diadakan adalah pada tahun 2019 dan selepas itu ia tak dapat diteruskan kerana penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tahun ini acara bertaraf dunia itu kembali semula dan saya yakin sepertimana DSA tahun lalu, LIMA 23 juga akan berjaya mencapai objektifnya kali ini,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast