Seorang wanita warga emas dan seorang kanak-kanak melecur selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di Taman Gembira  pagi tadi.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga emas dan seorang kanak-kanak melecur selepas rumah mereka terbakar di Taman Gembira  pagi tadi.

Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal berkeluasan kira-kira 1.4 x 6.5 meter terbakar 60 peratus.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penolong Penguasa Bomba Shamsul Khomari Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada jam 5 pagi.

“Susulan itu seramai 19 anggota dari BBP Larkin dan BBP Tebrau dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Warga emas berusia 70 tahun dan kanak-kanak berusia 10 tahun itu melecur manakala seorang wanita dewasa berusia lingkungan 30-an cedera,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdapat tiga mangsa yang cedera dan melecur semasa kejadian berlaku.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Operasi menyelamat selesai pada jam 6.35 pagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast