Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 41,647 nama warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 November tahun lalu antara dalam Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2022 (DPT BLN11/2022) yang diwartakan hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, DPT BLN11/2022 yang telah diperaku semalam turut mengandungi 23,557 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 4,174 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi.

“DPT BLN11/2022 yang telah diperakui semalam kini dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 4 Februari 2023,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ikmalrudin menyeru warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh berkenaan dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya untuk menyemak status masing-masing.

Selain itu, mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang ingin membuat bantahan perlu mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian SPR.

“Sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN11/2022, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” jelasnya.

Semakan daftar pemilih berkenaan boleh dilakukan dengan melayari portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my.

Dalam masa yang sama, Ikmalrudin berkata, semakan juga boleh dibuat dengan melayari portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my termasuk tiga lagi cara lain.

Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; aplikasi mudah alih MySPR Semak atau hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-88927218.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast