KUALA LUMPUR – Pengarah dan juga pelakon, Shamsul Yusof  akhirnya mengaku telah bernikah dengan Ira Kazar berwalikan bapa kepada pengantin perempuan di Thailand.

Dalam hantaran terbaharu di laman sosial, anak kepada Yusof Haslam itu berkata, beliau mempunyai alasan tersendiri memilih untuk memeterai ikatan dengan Ira yang merupakan puteri pelakon Kazar.

Menurut beliau, pernikahannya dengan Ira telah pun didaftarkan

“Terima kasih kepada anda semua kerana sabar menanti perkembangan terbaharu dan memberi perhatian kepada isu rumah tangga saya.

“Saya perlu menjelaskan semua perkara ini dan memberikan noktah,” katanya.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata, Puteri Sarah masih isternya yang sah sambil meminta selebriti itu pulang ke rumah untuk berbincang dengan lebih lanjut perihal rumah tangga mereka berdua juga anak-anak.

Kataya, isu tersebut tidak sepatutnya dibincangkan di media sosial dan bukannya mengaibkan sesama sendiri sehingga menimbulkan fitnah seolah-olah beliau membelakangkan anak-anak dan tidak memberi nafkah.

Shamsul mengakui beliau manusia yang tidak sempurna dan ada melakukan kesalahan selain tidak berniat sama sekali mahu membelakang keluarganya dalam isu rumahtangganya.

Beliau turut berdoa keputusannya untuk menikahi Ira akan sentiasa dilindungi Allah dari niat jahat serta hasad orang lain kerana paling penting apa yang dilakukan adalah sah di sisi syarak.

Shamsul turut memanjat kesyukuran kerana masih ada pihak yang menyokong keputusannya dan kini redha menyerahkan kepada Allah. – MalaysiaGazette