Gambar hiasan

HONG KONG – Hong Kong bersedia untuk menarik balik larangan import hamster kerana bakal melonggarkan beberapa sekatan Covid-19.

Sebelum ini larangan itu dikuatkuasakan selama setahun.

Bercakap kepada BBC, Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan (AFCD) berkata, tikus akan diuji untuk virus itu.

Tahun lalu, kira-kira 2,000 haiwan dimusnahkan untuk menghentikan penyebaran Covid-19

Tindakan itu dibuat selepas penularan jangkitan Covid-19 di sebuah kedai haiwan peliharaan.

Jurucakap AFCD berkata ia merancang untuk menarik balik larangan import pada pertengahan Januari.

“Kakitangan kami akan mengatur untuk mengambil sampel daripada hamster dan mamalia kecil lain untuk ujian Covid-19. Haiwan ini hanya boleh dijual jika keputusan ujian negatif,” kata jurucakap itu.

Ini kerana, kajian mendapati haiwan itu boleh dijangkiti virus dan menyebarkannya kepada manusia. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast