KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sinis dengan ‘Langkah London’ yang didakwa mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin beliau.
Anwar berseloroh berkata, langkah yang didakwa dibuat oleh beberapa parti itu jelas ‘memakan kos yang banyak’.
“Langkah London itu jauh sangat. Murah lagi buat di Langkah Kajang,” katanya ketika ditanya media mengenai dakwaan cubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
Untuk rekod, Langkah Kajang yang dimaksudkan Anwar adalah krisis politik negeri Selangor pada 2013, membabitkan menteri besar ketika itu, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Langkah Kajang itu membawa kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 2014 dan Pemilihan PKR pada tahun yang sama.
Secara umumnya, PKR mahu menukar Abdul Khalid dengan calon lain.
Namun, jawatan Menteri Besar Selangor hanya dapat dilucutkan melalui pembubaran DUN (melalui permohonan menteri besar kepada sultan), undi tidak percaya dalam sidang DUN (kehilangan majoriti), atau menteri besar meletakkan jawatan.
Isu berkaitan Langkah London ini didedahkan sebuah portal berita beberapa hari lalu selepas gambar memaparkan individu didakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan tertutup di London.
Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas mengenai khabar angin berhubung ‘Langkah London’ bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang turut mengaitkan pemimpin partinya.
Timbalan Perdana Menteri itu turut menegaskan dakwaan itu adalah khabar angin dan beliau tidak akan membuat keputusan berdasarkan kepada khabar angin. – MalaysiaGazette
Negara ini tidak terkenal sebagai pengeksport lembu yang menjadi makanan majoriti, tetapi terkenal dengan pengeksport babi yang menjadi makanan minoriti.
harga BABI dan Darjat BABI diangkat MUNAFIK ZAHID ANWAR dan sekutunya….terlentok dan tersebam muka kerana nak jaga hati TOKEH2 BABI DAPIGS malah dibawa kabinet
RAFIZI MUNAFIK pernah tegaskan untuk kawal harga ayam dan telur …berhenti makan ayam dan telor
kenapa idea BANGANG BENGAP munafik INI tidak dihadamkan pada kumpulan2 BABI???
langkah BABI ini lagi DEKAT dan MAHALL
Awas, babi2 di P Pinang dikatakan diserang selsema babi africa, harap menteri PH dapat memantau!