Sri Raja Muniswarar Temple at Taman Bersatu, Kuala Kedah demolished Exclusive interview with the Menteri Besar of Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor at The Gardens Hotel and Residence, Kuala Lumpur. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette racist Indian Thaipusam Hindu Temple
Muhammad Sanusi Md. Nor

PAGI semalam saya mendengar ucapan Menteri Besar Kedah yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Mohamad Sanusi Mat Nor yang mengaku ada usaha-usaha sedang dibuat untuk menukar Kerajaan Perpaduan di pusat sekarang.

Mendengar ucapan Sanusi itu, sebagai bekas ahli Pas saya rasa sangat terkejut. Begitu sekali sikap pemimpin Pas sekarang.

Tidakkah beliau sedar, Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini dibentuk hasil titah nasihat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Adakah Sanusi setuju penderhakaan dibuat terhadap titah dan nasihat Tuanku ini?

Ketika kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim bertungkus lumus berusaha untuk menstabilkan negara demi kepentingan rakyat dan negara, masih ada lagi pemimpin yang cuba mengulangi Langkah Sheraton yang telah dibuat awal tahun 2020  lalu.

Tidak sedarkah beliau bahawa negara perlukan kestabilan politik untuk memulihkan ekonomi kita sekarang. Apatah lagi dunia dan juga Malaysia bakal berhadapan dengan tahun kemelesetan ekonomi yang dijangka oleh pakar-pakar ekonomi dunia.

Tidak sedarkah beliau betapa rosaknya negara apabila kita berada dalam kerajaan yang tidak stabil sepanjang dua tiga tahun lepas ekoran Langkah Sheraton sehingga kita ada tiga Perdana Menteri yang berbeza sepanjang tempoh berkenaan.

Sebagai bekas ahli Pas, saya merayu kepada Sanusi, lupakanlah kemaruk politik gila kuasa itu buat sementara. Berilah tumpuan untuk membangunkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ditadbir oleh Pas itu.

Bantulah orang-orang Melayu dan beragama Islam yang sememangnya majoriti dan ramai di ketiga-tiga negeri itu, agar benar-benar dapat keluar daripada belenggu kemiskinan.

Kami di peringkat pusat akan memberikan sokongan sepenuhnya sebagaimana diberikan oleh  YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri di Kelantan ketika berhadapan dengan banjir baru-baru ini.

Tunggulah lima tahun lagi, kita berlawanlah semula secara adil dan bukan dengan cara tebuk atap.

Aiman Athirah Sabu
Ketua Wanita PH

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. haram saja parti yang bertopeng islam ini supaya rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah songsang ugama yang penting kuasa dari mengaku ubudiah . tasauf hanya dimulut hatinya setan .

Comments are closed.