Kaki kiri seorang remaja OKU tersepit dalam longkang sekolah.

KUALA LUMPUR – Kaki kiri seorang remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) tersepit di dalam penutup longkang di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling, Kuala Lumpur, hari ini.

Komander Operasi PBK 1 Kup Rosuhili Mohd Tarim berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan jam 9 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba mengambil masa 30 minit sebelum berjaya mengeluarkan kaki remaja perempuan tersebut dengan menggunakan peralatan power unit dengan selamat.

Remaja OKU dihantar ke hospital selepas berjaya diselamatkan pihak bomba.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke HUKM untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan. – MalaysiaGazette