Foto: FB Jetstar

TOKYO – Pesawat penerbangan Jetstar melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair di wilayah Aichi, Jepun pada Sabtu akibat ancaman bom, lapor Sputnik memetik penyiar NHK.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dekat Tokyo menuju ke Fukuoka yang terletak di Pulau Kyushu, Jepun.

Pesawat itu membawa 136 penumpang dan enam anak kapal.

Seorang penumpang mengalami kecederaan ringan semasa proses mengeluarkan penumpang.

Polis sedang menyiasat punca kejadian dan menjalankan pemeriksaan ke atas pesawat. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast