RICHMOND – Seorang budak lelaki berusia enam tahun telah ditahan polis selepas menembak seorang guru di Sekolah Rendah Richneck dekat Virginia, Amerika Syarikat.
Tembakan berlaku kira-kira jam 2 petang, kata polis.
Insiden itu berlaku di dalam kelas darjah rendah (umur enam hingga tujuh).
Setakat ini belum pasti bagaimana dia mendapat senjata itu.
Guru yang berusia 30-an itu dilaporkan cedera di bahagian abdomen akibat tembakan itu.
Dia dibawa ke hospital tempatan dan dipantau rapi oleh doktor.
Tiada murid lain yang terlibat dalam insiden yang mengejutkan itu.
Polis berkata, sekolah itu mempunyai kira-kira 550 pelajar dan ada kemudahan pengesanan logam, yang mana pelajar diperiksa secara rawak tetapi bukan setiap kanak-kanak diperiksa.
Ketua Daerah Sekolah, Dr George Parker berkata pegawai akan “meninjau mana-mana kejadian yang mungkin berlaku yang mungkin menyebabkan kejadian ini”.
“Ini amat mengerikan, sesuatu seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan kami mahu kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi,” tambah Dr Parker. – Agensi