Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan melahirkan rasa marah dan kecewa dengan kemelut politik yang sedang melanda Sabah ketika ini.

Menerusi Facebook, Ali Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO meluahkan, rakyat Sabah berhak mendapat kestabilan politik dan ruang untuk bernafas daripada semua kekalutan politik.

“Apakah tiada langsung, walau pun sekelumit, perasaan simpati kepada rakyat Sabah yang sedang bergelut dengan cabaran kehidupan dan ekonomi?

“Takkan asyik berpolitik 24jam!,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tuaran.

Menurut Abdul Rahman, rakyat mula marah, mual dan muak dengan politik.

“‘Kesabaran dalam berpolitik adalah tuntutan demokrasi. Ianya salah satu tiang seri demokrasi, kalau tiada kesabaran, demokrasi akan pincang,” ujarnya.

Semalam media melaporkan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah membuat keputusan menarik diri daripada kerajaan negeri Sabah selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau dipetik berkata, Hajiji telah melanggar perjanjian persefahaman yang dibentuk di bawah kerajaan negeri Sabah. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. DULU KIN DAN SELAMANYA …uMNO BERKERIS SATU adalah TAMAK KUASA/JAWATAN…..sanggup jadi MUNAFIK NO ANWAR NO DAPIGS HANYA MENANG 26 KERUSI ….menjuburi JANJI PAU 2022

    prn MELAKA JOHOR dan PRU 15 adalah ketamakan Umnongok untuk BUBAR DUN dan PARLIMEN

    TIDAK HERAN JIKA BERLAKU DISABAH ….lihatlah DUN PERAK dan PAHANG tanpa KEMALUAN untuk diangkat jadi MB wpun tiada majoriti

Comments are closed.