BUENOS AIRES – Dua mayat ditemukan di bahagian ruang gear pendaratan pesawat selepas pesawat itu mendarat di Bogotá, menurut syarikat penerbangan Colombia Avianca pada Sabtu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Penerbangan AV116 dari Santiago de Chile itu mendarat di Lapangan Terbang El Dorado di Bogotá pada Jumaat petang.

Penyiar Caracol melaporkan kedua-dua mayat lelaki itu ditemukan di bahagian bawah kanan dan kiri pesawat.

Menurut pihak berkuasa mayat itu kemungkinan telah berada di ruang berkenaan selama beberapa hari.

Kali terakhir pesawat itu diselenggara pada 27 Dis 2022. Antara 31 Dis dan 3 Jan pesawat itu berada di Punta Cana di Republik Dominican.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast