DHAKA – Bangladesh diisytiharkan bebas daripada racun perosak Dichlorodiphenyltrichloroethane berbahaya, biasanya dikenali sebagai racun perosak DDT.
Menteri Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim Bangladesh Md Shahab Uddin dalam taklimat berkata, negara ini berjaya mengeluarkan 500 tan DDT dari sub-depot perubatan di bandar Chattogram, kira-kira 242 km tenggara ibu kota Dhaka, pada Disember tahun lalu.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, DDT ialah bahan pencemar organik berterusan (POP), bahan kimia yang boleh memberi kesan negatif yang ketara kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.
Bangladesh mengimport 500 tan metrik (500,000 kg) racun perosak pada tahun 1985 untuk mengawal nyamuk pembawa malaria.
Apabila tiba, ia telah dimasukkan ke dalam perkarangan premus kerajaan di daerah Agrabad di bandar Chattogram.
Selama bertahun-tahun, banyak kotak dan beg telah hancur, meninggalkan timbunan serbuk DDT putih yang terdedah.
Pada tahun 1991, Bangladesh mengenakan larangan DDT, walaupun konsainan besar itu masih kekal.
Di bawah projek bertajuk “Pengurangan Risiko Racun Perosak di Bangladesh,” bahan toksik itu telah dieksport sepenuhnya ke Perancis untuk pembakaran, menurut kementerian itu. – Agensi