logo luar negara
Gambar hiasan

BEIJING – China menggantung pengeluaran visa jangka pendek untuk warga Korea Selatan sebagai tindak balas terhadap sekatan ke atas pelancong China.

“Kedutaan dan konsulat China di Korea Selatan akan berhenti mengeluarkan visa jangka pendek untuk lawatan, perniagaan, pelancongan, rawatan perubatan, transit dan hal-hal peribadi hari ini,” kata kedutaan dalam satu kenyatan.

Jelasnya, penggantungan itu akan diselaraskan jika Korea Selatan menghapuskan langkah sekatan masuk diskriminasi yang menyasarkan China.

Ia merupakan langkah balas pertama yang dilakukan China selepas beberapa negara baru-baru ini melaksanakan keperluan ujian untuk pengembara dari negara itu.

Bulan lalu Korea Selatan mengenakan pelbagai sekatan ke atas pelancong dari China termasuk sekatan pengeluaran visa jangka pendek, mewajibkan ujian saringan Covid dan mengehadkan penerbangan dari China.

Seramai 2,224 warga China dengan visa jangka pendek telah tiba di Korea Selatan sejak 2 Januari lalu dengan 17.5 peratus diuji positif Covid-19 semasa ketibaan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast