Abdul Hadi Awang Islam kaum Islam Al-Aqsa
Abdul Hadi Awang

GEORGE TOWN – Persediaan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk pengagihan kerusi telah siap 80 peratus.

Timbalan Pengerusi PN Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perbincangan berkenaan telah diadakan bersama parti-parti komponen dalam gabungan semasa menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lepas.

“Persediaan untuk menghadapi PRN serta pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi asas perbincangan kami pada masa itu.

“Boleh dikatakan 80 peratus telah siap dan seterusnya kami akan perhalusi strategi untuk menghadapi PRN,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang di sini, malam tadi.

Terdahulu Abdul Hadi yang juga Presiden PAS mengadakan sesi dialog bersama pemimpin Gerakan termasuk Pengerusi Gerakan pusat Datuk Dr Dominic Lau dan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini adalah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Mengulas mengenai sesi dialog berkenaan, Abdul Hadi berkata, ia bertujuan merapatkan hubungan antara parti itu dengan Gerakan serta memberi maklumat tepat kepada masyarakat khususnya yang bukan Islam termasuk isu Islamofobia.

1 Komen

Comments are closed.