visa Malaysia
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.-Foto MUHD NA’IM, 10 JANUARI 2023.

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan  yuran proses visa kemasukan ke negara ini telah dinaikkan sehingga RM300.

Menurut beliau, yuran proses yang dikenakan terhadap permohonan visa Malaysia masih kekal RM100.

“Kalau berubah itu maksudnya majikan mengguna pakai agensi pekerjaan.

“Itu bukan kita, biar jelas di situ.Secara afirmatif saya beritahu tiada kenaikan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing di Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Saifuddin diminta mengulas tentang laporan media Indonesia bahawa caj visa Malaysia yang dikenakan oleh agensi pekerjaan dinaikkan daripada RM15 ke RM300. – MalaysiaGazette