KERALA – Pemilik dan ketua tukang masak sebuah kedai makan di negeri Kerala, India telah ditahan berhubung kematian seorang pelanggan yang didakwa akibat keracunan makanan.
Mangsa, seorang jururawat yang bekerja di daerah Kottayam dilaporkan telah memesan makanan dalam talian.
Rashmi Raj, seorang jururawat di Kolej Perubatan Kottayam, dimasukkan ke hospital pada 30 Disember selepas makan nasi dan ayam panggang yang dipesannya dari kedai makan itu.
Dia meninggal dunia pada 2 Januari.
Polis berkata, manakala 21 individu lainĀ turut jatuh sakit selepas makan di kedai tersebut.
Polis telah memohon untuk pertuduhan membunuh terhadap pemilik kedai dan tukang masak itu.
Insiden itu adalah antara beberapa kes keracunan makanan di negeri ini yang menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan makanan restoran.
Bedah siasat mendapati dia meninggal dunia akibat jangkitan pada organ dalamannya, menurut laporan media tempatan.
Polis mengesahkan keracunan makanan sebagai punca kematian jururawat itu dan kualiti makanan yang dihidangkan di restoran itu adalah “kurang baik”. – Agensi